Rosmah Dilihat Hadir Di Menara Onn Menjelang Mesyuarat MKT UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pasca pembentukan Kabinet, Menara Dato’ Onn kembali menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung malam ini, lapor Awani.

Memetik laporan itu, turut menarik perhatian apabila Datin Seri Rosmah Mansor dilihat berada di bangunan itu sekali gus menimbulkan persoalan kepada petugas media di situ.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tiba kira-kira jam 8 malam, diiringi seorang pengiring wanita sebelum terus menaiki lif.

Laporan itu membuat spekulasi kehadiran beliau mungkin untuk bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempengerusikan mesyuarat MKT malam ini.

Selain Rosmah, pemimpin tertinggi parti yang dilihat hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan beberapa ahli MKT lain.

Antara ahli MKT lain yang hadir ialah Datuk Seri Ahmad Said yang juga merupakan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Ab Raof Yusoh (Pengerusi UMNO Melaka), Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Razali Ibrahim.

Selain itu, turut kelihatan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Ahmad Puad Zarkashi dan Datuk Dira Abu Zahar, kata laporan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat