Bajet 2023 Yang Akan Dibentang Semula Berpandukan Manifesto BN – PM

- Advertisement -

GUAI – Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula akan ditambah baik selari dengan Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Manisfesto BN yang diumumkan semalam adalah sebahagian besar sudah dibentangkan dalam Bajet 2023 di Parlimen, 7 Oktober lalu.

Jelas Ismail Sabri, terdapat beberapa perkara baru di dalam Manifesto BN yang menjadi tawaran baru kepada pengundi jika parti itu diberi mandat mengemudi kerajaan pada 19 November ini.

“Bajet akan dibentangkan semula di Parlimen jika BN menang kerana ada beberapa perkara baru diumumkan dalam manifesto seperti pengajian tinggi percuma untuk keluarga B40.

“Apa saja pengumuman baru dalam manifesto yang tidak dibentangkan dalam Bajet 2023 akan dibentangkan semula dengan penambahbaikan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru pada Selasa.

Majlis Kenduri Rakyat itu dihadiri lebih 500 penduduk Kampung Bohor Baru yang turut berkesempatan beramah mesra bersama Ismail Sabri.

Dalam kempen yang memasuki hari keempat,Ismail Sabri menyantuni penduduk di tujuh kampung dan taman perumahan termasuk bersama komuniti Orang Asli.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyangkal dakwaan M40 dipinggirkan dalam manifesto kerana pelbagai inisiatif diperkenalkan untuk membantu golongan itu.

Katanya, pengurangan cukai pendapatan sehingga dua peratus selain e-wallet bernilai RM100 antara inisiatif diperkenalkan kerajaan BN kepada golongan itu.

“Inisiatif untuk M40 tetap diberi perhatian walaupun tidak disebut secara khusus.

“Manifesto dengan lima teras utama yang membabitkan 99 inisiatif itu akan membawa manfaat besar kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan Perancangan Amal dan Usaha BN untuk Malaysia yang tercinta (PADU) sebagai tawaran untuk rakyat bagi PRU15.

Di dalam PADU ini terdapat 99 Amal dan Usaha BN yang akan menjadi panduan dalam mengemudi tanah air kita menjadi negara berkemajuan.

PADU adalah pelan yang serius dan rasional selain mempunyai sasaran jelas termasuk pelan yang akan diusahakan BN sebaiknya demi kemaslahatan semua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat