Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera Sabtu ini

- Advertisement -

BERA – Karnival Keluarga Malaysia dengan tema Anak Muda Gegor Bera akan diadakan pada 12 November 2022, Sabtu ini.

Karnival itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang antara fokusnya ialah lebih 1,500 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor menanti masyarakat Bera.

Dijangkakan lebih 2,000 anak muda dari Parlimen Bera dan kawasan sekitarnya akan menghadiri acara berkenaan.

Karnival seharian anjuran Miat Quadra E-Sport Club diadakan dengan usahasama PERKESO dan HRDCorp yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Ia menampilkan tiga segmen utama iaitu acara e-sukan (Santai e-Games); Karnival kerjaya (JaminKerja) dan Konsert Keluarga Malaysia.

Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang turut disediakan bagi semua pengunjung yang hadir ke karnival ini seperti ujian pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, kenderaan peramu saji dan gerai jualan.

Pengerusi Miat Quadra e-sport, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal berkata, acara santai e-games ini akan mencungkil dan menyerlahkan bakat-bakat hebat anak muda e-sukan kita di Bera.

“E-sukan di Malaysia kini bukan lagi sekadar hobi, malah menjadi kerjaya sukan sehingga melahirkan ramai pemain muda yang berjaya di peringkat antarabangsa.

“Acara yang julung kali dianjurkan di Parlimen Bera ini menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM25,000, cabutan bertuah bernilai hingga RM3,000 berserta peluang bagi memenangi telefon pintar,” katnya pada sidang media di Bera pada Selasa.

Tambahnya, Miat Quadra E-Sport Club mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan anak-anak muda Bera, kawasan sekitar serta seluruh Malaysia bagi memeriahkan ‘Santai E-Games’ dan Karnival #Keluarga Malaysia: Anak Muda GEGOR Bera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat