Tukar calon PM: Taktik pembangkang cipta persepsi palsu, pecah belah pimpinan Umno – Ismail Sabri

- Advertisement -

GUAI – Taktik pembangkang menamakan calon lain sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) menang adalah bertujuan mengelirukan pengundi dan memecah belahkan kesatuan pemimpin Umno dan BN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kenyataan daripada semua pimpinan komponen BN iaitu Umno, MIC dan MCA juga Timbalan Presiden Umno.

Malah katanya, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam telah buat penjelasan dan ternyata segalanya adalah sekadar persepsi palsu dan fitnah daripada blok pembangkang.

“Tujuan mereka namakan orang lain calon PM adalah untuk kelirukan pengundi, pecah belah pemimpin Umno dan BN.

“Sedangkan kenyataan semua pemimpin parti komponen dan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan juga semalam Zahid telah jelaskan segalanya itu cuma persepsi palsu pembangkang dan fitnah untuk pecah belah dan wujudkan sengketa dalam Umno.

“Tapi Alhamdulillah solidariti kita masih solid,” tegas Ismail Sabri ketika sidang media selepas kenduri rakyat di Kampung Bohor Baru, pada Isnin.

Bahkan Naib Presiden Umno itu memberitahu bahawa tidak ada perpecahan antara beliau dan Zahid termasuk juga kepimpinan Umno.

“Tak ada perpecahan antara saya dan Zahid serta kepimpinan,” ujar Ismail Sabri.

Semalam Zahid mengulangi pendiriannya tiada isu Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU15.

Menurut beliau, ketika ini pun beliau tidak menjadi Perdan Menteri atau menyandang apa-apa jawatan dalam kerajaan walaupun menjadi Pengerusi BN dan Presiden Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat