Saman Fitnah: Mahkamah Perintah MB Kedah Bayar Ganti Rugi RM50,000 Kepada Mahfuz

- Advertisement -

PETALING JAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat perintah itu selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Mahfuz selaku plaintif terhadap Muhammad Sanusi sebagai defendan.

Peguam, Noorazmir Zakaria yang mewakili Mahfuz berkata, mahkamah memerintahkan Muhammad Sanusi membayar ganti rugi tersebut dalam tempoh 14 hari mulai Isnin.

“Mahkamah juga memerintahkan defendan (Muhammad Sanusi) menulis permohonan maaf kepada plaintif di laman Facebook milik defendan dalam tempoh 14 hari dan memerintahkan defendan membayar kos tindakan guaman kepada plaintif berjumlah RM15,000.

“Perintah-perintah lain yang dikenakan ialah satu injunksi menegah defendan atau ejen-ejennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadap plaintif pada masa hadapan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat Muhammad Sanusi dalam laman Facebooknya pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

Mahfuz juga mendakwa Muhammad Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019, yang memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat