Lil Pump hilang 300,000 ‘followers’ kerana sokong Trump

- Advertisement -

Penyanyi rap, Lil Pump dilaporkan kehilangan 300,000 pengikut di Instagram apabila dia menyatakan sokongan terhadap Donald Trump dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Menerusi satu akaun Instagram DJ Akademiks yang memiliki 3.6 juta pengikut, dia mendapati pengikut Instagram Pump menurun dengan mendadak.

Menerusi tinjauan yang dibuat DJ Akademiks, dia melihat penurunan jumlah pengikut Pump dari 17.3 juta kepada 17.1 juta. Tidak lama selepas itu, pengikut Pump turun menjadi 17 juta pula.

“Apakah nama Lil Pump naik atau turun selepas menyokong Trump?” tulis DJ Akademiks di kapsyen Instagram itu.

Difahamkan penurunan jumlah pengikut Instagram Pump ini terjadi selepas rapper terbabit tampil bersama Trump dalam salah satu kempen di Michigan, Isnin lalu.

Di Twitter, Pump memuat naik video dia memakai topi merah yang tertera slogan Trump iaitu Make America Great Again.

Dalam video berdurasi 10 saat itu, Pump juga dilihat tidak memakai pelitup muka. Begitu juga dengan sejumlah penyokong Trump di sekelilingnya.

Lil Pump adalah salah seorang rapper AS yang menyokong Trump, selain Lil Wayne dan Ice Cube.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat