Penyasaran subsidi petrol di peringkat akhir, guna sistem PADU tentu kelayakan

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini pada peringkat akhir untuk memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.

“Kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran menggunakan MyKad dapat digunakan ketika membuat pengisian bahan api sebaik sahaja (penyasaran) subsidi RON95 dilaksanakan akhir bulan ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara lapor Bernama, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rose Suryati Alang mengenai pendekatan terkini yang diambil bagi subsidi minyak dan kelancaran pelaksanaannya.

Amir Hamzah, yang turut menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata, kerajaan akan menggunakan sistem PADU untuk menentukan kelayakan agar hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat subsidi.

“Kita akan umumkan dan laksanakan pada akhir bulan ini dengan jaminan bahawa rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat