KWSP beli RM98 juta saham TNB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 0.17 peratus kepentingan dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada harga RM98 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, TNB berkata pengurus dana persaraan pekerja swasta itu membeli kepentingan merangkumi 10 juta sahamnya pada Isnin lalu.

Ia ditambah dengan pengambilalihan 465,000 saham atau 0.01 peratus kepentingan lagi pada hari sama, meningkatkan pegangannya dalam syarikat utiliti nasional itu kepada 904.38 juta atau 15.63 peratus.

Pada hari sama juga, Khazanah Nasional Bhd menjual satu blok 10 juta saham TNB.

Penjualan itu menyaksikan pegangan Khazanah di dalam TNB jatuh kepada 23.49 peratus atau 1.36 bilion saham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat