KJ tak suka pun Zahid, Najib dibebaskan – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja (MKT), Datuk Puad Zarkashi mendakwa Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebenarnya tidak suka Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Puad mendedahkan, sebenarnya Khairy tidak suka Zahid dan Najib dilepaskan.

“Dia yang paksa Najib letak jawatan. Baru sekarang mengaku Najib ada nilai tambah?

“Menurut Khairy “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang bebaskan Zahid, bebaskan saja Najib”.

“Sebenarnya Khairy tidak puas hati Zahid lepas. Sebab itu ikhlaskah Khairy supaya Najib bebas? Selama ini dia tidak pernah bersimpati dengan kes Najib,” dakwa Puad dalam kenyataan pada Jumaat.

Ulas Puad, menurut Khairy lagi, Najib ada nilai tambah kepada PH-BN. Zahid tidak ada.

“Khairy silap jika nilai tambah jadi alasan untuk bebaskan Najib. Ini bukan soal nilai tambah. Ini soal selective prosecution.

“Umno bangkit kerana konsensus dan istiqomah. Bukan kerana nilai tambah sahaja, populis dan keluar sekejap,” tegas Puad.

Pada Rabu, Khairy mencadangkan kerajaan untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara memandangkan beliau memiliki nilai tambah yang lebih berharga berbanding Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Nasihat saya kepada PH-BN alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, maksudnya alang-alang dah bebaskan Zahid, bebaskan Naijib saja lah.

“Sekurang-kurangnya dia (Najib) ada nilai tambah kepada BN-PH. Jika dibanding Bossku dengan Zahid yang akan bagi nilai tambah kepad PH-BN untuk mengekang gelombang-gelombang hijau ini semua adalah Najib,” katanya.

Tegas Khairy lagi, rakyat telah menyaksikan sendiri figura Zahid tidak menguntungkan Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang Zahid boleh buat, dah tengok dah dia tak ada nilai tambah pun.

“Alang-alang nak kitchen sink, buang semua ‘sampah’ sekali.

“Bebaskan Najib, he will be more nilai tambah kepada kamu, alang-alang kamu dah cemarkan kepercayaan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat