Wan Rosdy Ucap Tahniah Kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin

- Advertisement -

KUANTAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu dan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn sebagai Menteri Kanan Luar serta Ketua Kluster Keselamatan.

Katanya, pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri ini akan dapat membentuk kestabilan di dalam pentadbiran sekaligus dapat meningkatkan lagi prestasi kerajaan.

“Tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Semoga dengan perlantikan ini akan membentuk kestabilan di dalam pentadbiran, sekaligus dapat meningkatkan lagi prestasi dan keupayaan Kerajaan Persekutuan Malaysia dalam mengendalikan situasi mencabar yang sedang kita hadapi pada ketika ini.” kata beliau melalui catatan Facebooknya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Besar Pahang berharap Hishammuddin yang dilantik sebagai Menteri Kanan dapat memberi khidmat dan bakti yang cemerlang kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di atas lantikan sebagai Menteri Kanan.

“Semoga terus cemerlang dalam memberikan khidmat dan bakti yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Terdahulu pada Rabu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan berkuatkuasa serta merta,

Dalam pengumuman semalam, Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan kekal sebagai Menteri Luar Negeri.

Hishammuddin juga akan membantu Perdana Menteri dalam dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Menurut kenyataan media tersebut, kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.- SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat