‘RumahPrihatin@ GrandSeasons’, Hotel Kebajikan Untuk Rakyat Terkesan COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19, Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) hari ini memperkenalkan satu lagi inisiaitif ‘RumahPrihatin@GrandSeasons’ di bawah kelolaan Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ‘RumahPrihatin@GrandSeasons’ merupakan pusat kediaman yang berkonsepkan hotel kebajikan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 khususnya kepada golongan miskin bandar di Wilayah Persekutuan.

“RumahPrihatin@GrandSeasons ini merupakan satu platform untuk menghimpunkan, mengkordinasi dan merawat para individu yang terkesan akibat pandemik covid-19 yang dilaksanakan secara Bersama dengan sokongan para sukarelawan, persatuan, organisasi korporat dan NGO.

“Lima komponen utama perkhidmatan “WE CARE” yang ditawarkan buat permulaan ini adalah, Dapur Prihatin (DP) yang menyediakan makanan percuma, 1,000 pek sehari kepada golongan gelandangan, fakir miskin, petugas barisan hadapan, musafir dan golongan yang tidak berkemampuan.

“300 Bilik Penginapan Prihatin (BPP) hotel untuk manfaat golongan musafir, pelajar, individu-individu yang memerlukan penginapan sementara dan hanya membayar berdasarkan konsep BSM (Bayar Minimum Sekadar Mampu),” katanya pada sidang media hari ini.

Selain itu jelasnya, Khidmat Kesihatan Mental Prihatin (KKMP) juga turut dilaksanakan secara perseorangan dan kerahsiaan khusus untuk mereka yang mengalami tekanan hidup akibat Covid 19.

“Kaunseling yang disediakan adalah oleh kaunselor berdaftar. Selain itu perkhidmatan kaunseling bagi menguruskan beban kewangan turut disediakan”, ujarnya.

Annuar berkata, Khidmat Vaksinasi Prihatin (KVP) juga dijalankan untuk peniaga, penjaja, golongan yang kurang upaya, gelandangan dan sebanyak 600 dos vaksin diberikan setiap hari melalui program MyMedic@Wilayah di pusat ini.

Tambahnya lagi, Pusat Gerakan Jejak Prihatin (PGJP) diwujudkan dengan kehadiran Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk, AJK Surau Masjid, Persatuan Penduduk dan NGO yang akan turun padang dan menyantuni rakyat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Kementerian percaya, inisiaitif RumahPrihatin@GrandSeasons ini dapat membantu dalam mengkoordinasikan penyaluran bantuan serta perkhidmatan kepada warga Wilayah Persekutuan selaras dengan halatuju kerajaan, agar rakyat dapat menggerakkan usaha ke arah yang sama, bagi membaikpulih keadaan darurat kesihatan, ekonomi, mental dan fizikal rakyat yang begitu terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kementerian berharap usaha murni yang dijalankan dengan kerjasama YWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan, Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI), Yayasan Kemiskinan Kelantan, Pertubuhan Muafakat Nasional, PriVo dan lain-lain ini membantu dalam mengkoordinasikan penyaluran bantuan serta perkhidmatan di RumahPrihatin@GrandSeasons,” katanya.

Inisiatif RumahPrihatin@GrandSeasons ini dijangka bermula secara berperingkat mulai 15hb Julai 2021 di premis Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang berhadapan Hospital Besar Kuala Lumpur. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat