Nia Ramadhani, suami ditahan polis terkait dadah

- Advertisement -

Jakarta: Pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie ditangkap pegawai polis kerana didakwa ada kaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Berita penangkapan pasangan terkenal itu, disahkan oleh Ketua Polis  Daerah Metro Jaya, Inspektor Yusri Yunus.

“Saya mengesahkan penahanan sementara kedua-dua mereka yang dilakukan di Balai Polis Jakarta Pusat,” katanya kepada wartawan apabila ditanya kesahihan penangkapan suami isteri terbabit, hari ini.

Bagaimanapun, belum diketahui secara pasti mengenai kes yang menjerat pasangan ini, termasuk berkenaan barang bukti dadah serta kronologi penangkapan mereka.

“Tengahari ini selepas Zohor, saya akan mengadakan sidang media. Saya akan tunggu teman-teman di sana,” katanya.

Sehingga kini, pihak media Indonesia seperti CNNIndonesia.com sudah menghubungi pembantu peribadi Nia iaitu Tere berkaitan penangkapan terbabit, tetapi belum mendapat jawapan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat