MKT Dipermainkan, Ini Amat Serius – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberitahu beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menghubungi beliau malam tadi dan menyatakan kenyataan media Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menggambarkan keputusan sebenar mesyuarat MKT.

“Tinjauan lanjut menyatakan apa yg di baca kepada media adalah kenyataan yg telah di siapkan lebih awal,sebelum MKT bermesyuarat.Jika benar,ternyata sekali lagi MKT di permainkan,dan ini amat serius.

“Pagi ini, apabila saya menjenguk WhatsApp Group ketua ketua umno bahagian,ramai yg mengeluh dan dalam kekeliruan dengan kenyataan media Presiden umno. Terdapat juga KUB yg juga ahli MKT mengesahkan kenyataan Presiden tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT.

“Mengapakah ini terus terjadi berkali kali? Lain di bincang,lain pula di rumuskan,” jelasnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Annuar Musa juga diberitahu, 25 ahli MKT juga turut bersuara dalam suasana yang tenang dan jujur dalam memberi pendapat.

“Jelas banyak pendapat yg berbeza. Tiada consensus yg ketara. Tiada undian di buat. Malah perbincangan tidak berkisar pada sama ada umno perlu keluar dari Kerajaan PN, seperti yg di momokkan sebelum ini, termasuk pendirian yg di pohon dari pertemuan secara berasingan dgn ahli MKT.

“Dalam kata lain,Presiden umno wajib menjelaskan kedudukan sebenar.Segera keluar kenyataan yg benar..Lambat laun,kedudukan sebenar akan terserlah jua. Tak baik bagi parti kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat