KKM Ambil Langkah Kesiapsiagaan Perawat Dan Pemulihan Pesakit COVID-19 di Lembah Klang

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan telah memulakan langkah-langkah kesiapsiagaan bagi perawatan dan pemulihan pesakit COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr.Adham Baba dalam satu kenyataannya berkata, ia termasuk di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Bersepadu MAEPS 2.0 (PKRC Bersepadu MAEPS 2.0) yang mana jumlah pesakit juga dilaporkan telah bertambah.

“Daripada keseluruhan 5,198 katil yang disediakan di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0, sebanyak 154 katil dikhususkan untuk pesakit COVID-19 kategori 4 telahpun melepasi kapasiti penggunaan maksimum yang ditetapkan.

“Baki katil yang disediakan bagi pesakit COVID-19 kategori 1, 2 dan kategori 3 di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 juga hampir digunakan sepenuhnya. Berdasarkan data terkini, PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 menerima secara purata 800 orang pesakit COVID-19 dalam tempoh sehari dengan purata 200 pesakit merupakan pesakit COVID-19 yang berada dalam kategori 4,” ujarnya.

Adham Baba menjelaskan, pihaknya telah menilai semula strategi sedia ada serta mengenal pasti langkah responsif dan pantas bagi menerima dan merawat pesakit COVID-19 khususnya kategori 4 dan 5 yang semakin meningkat.

Antara langkah segera yang sedang dan akan dilaksanakan ialah :

i. Menambah segera katil ICU di hospital KKM dan hospital pengajar universiti
ii. Melengkapkan wad di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor
iii. Menubuhkan hospital medan
iv. memperluaskan kerjasama dengan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur
v. Melaksanakan segera penugasan semula (mobilisasi sementara) lebih 110 orang petugas kesihatan
vi. Menambah segera sebanyak 1,550 silinder oksigen
vii. Melaksanakan kerja pengujian dan penyerahan (testing and commissioning)
viii. Mengoperasikan semula Institut Latihan KKM (ILKKM) di Sungai Buloh
ix. Menyediakan pekerja sukarelawan
x. Bekerjasama dengan pengamal perubatan swasta dan pihak majikan

Beliau berharap agar pelaksanaan ini dapat meningkatkan kesiapsiagaan hospital KKM, hospital pengajar universiti, hospital ATM, hospital medan ATM dan PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19.

Tambahnya langkah pencegahan dan kawalan khususnya oleh setiap individu dalam masyarakat adalah penting bagi menghentikan penularan pandemik COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat