Ahli Parlimen BN Kekal Sokong PN, Utamakan Agenda Pelan Pemulihan Negara

- Advertisement -

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepakat untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara ketika ini.

Ahli Parlimen BN dalam kenyataan berkata, pendirian itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di mana ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya dan jika berlaku sebarang pengundian dalam sesi Parlimen pada 26 Julai sehingga 2 Ogos.

Menurut mereka, apa yang menjadi keutamaan ahli-ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat direalisasikan dengan keyakinan bahawa rakyat akan kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Pandemik Covid-19.

“Dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik,” kata mereka dalam kenyataan pada Khamis.

Sehubungan dengan itu, ahli Parlimen BN turut menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin selaku Perdana Menteri untuk meneruskan agenda membela rakyat.

Pada awal pagi Khamis, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat