18 MP PAS tak berganjak sokong Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS teguh menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“PAS mempertegaskan sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Hal ini termasuklah sokongan tidak berbelah bahagi sekalian 18 Ahli Parlimen PAS,” kata Hadi dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, PAS kesal dengan tindakan menggugat kestabilan politik.

“PAS turut melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya dalam keadaan kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara.

“PAS menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang sedang dilaksanakan,” ujar Hadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat