- Advertisement -
Selepas umum koleksi khas bersama Ultraman, Uniqlo bakal melancarkan pula koleksi khas bersama siri robot ternama Jepun, Gundam sempena ulang tahun ke-40 franchise tersebut.
Uniknya koleksi kali ini adalah anda akan menerima patung gunpla Gundam secara percuma. Terdapat dua model edisi terhad yang boleh dipilih; Gundam RX-78-2U dan MS-06SU Zaku II menggunakan skema warna ikonik Uniqlo iaitu merah dan putih.

8 CORAK BERBEZA UNTUK KOLEKSI UNIQLO X GUNDAM
Syaratnya? Anda perlu membeli minimum 2 helai baju untuk menerima gunpla Gundam anda. Tidak pasti sama ada gunpla ini akan diberikan secara random (Gundam atau Zaku) atau anda perlu membeli beberapa helai untuk mendapat kedua-duanya sekali.