Tiada sekatan ke luar negara ke atas Fahmi Reza -Ketua Polis Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini menafikan bahawa aktivis politik Fahmi Reza dikenakan larangan perjalanan ke luar negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, Fahmi hanya dimasukkan dalam senarai pemantauan polis sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan, dan bukannya dikenakan sekatan rasmi untuk meninggalkan negara.

“Tiada larangan rasmi. Nama beliau cuma dalam senarai pemantauan. Pihak imigresen telah salah tafsir sistem dan menghalang pergerakan beliau secara tidak sengaja,” jelas Tan Sri Razarudin.

Bagaimanapun sejam kemudian Pejabat Perdana Menteri memuat naik kenyataan media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyemak isu sekatan yang dikenakan terhadap Fahmi.

Dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Anwar menegaskan bahawa kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.

“PDRM perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini. Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan dengan sewajarnya,” kata kenyataan itu.

Fahmi Reza sebelum ini mendakwa dirinya dihalang keluar negara ketika berada di KLIA2 pada 7 Jun lalu, ketika cuba menaiki penerbangan ke Singapura.

Menurut Fahmi, beliau diminta oleh pegawai imigresen mencetak tiket, pasportnya disalin, dan kemudian dihalang memasuki kawasan pelepasan atas alasan ‘menunggu kebenaran Bukit Aman’.

Lebih seminggu sebelum itu, pada 29 Mei, Fahmi turut dihalang memasuki Sabah sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Beliau percaya sekatan tersebut ada kaitan dengan karikatur yang disiarkan berkaitan pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Fahmi sebelum ini beberapa kali disiasat pihak berkuasa berhubung karya satira yang dianggap menghina institusi diraja dan pemimpin politik.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat