“Tiada Jet Peribadi “– Nurul Izzah Nafi Fitnah Haji Mewah

- Advertisement -

CYBERJAYA – “Urusan logistik, termasuk tempat tinggal dan pengangkutan, diatur oleh agensi pelancongan berlesen, Mimm Travel. Menaiki penerbangan komersial dan menggunakan wang simpanan sendiri.

“Tiada jet peribadi seperti yang di fitnah. Perjalanan dilakukan sama seperti jutaan jemaah haji yang lain,” katanya, hari ini.

Beliau turut berkongsi pengalaman menghadiri sesi ilmu bersama Sheikh Dr Omar Suleiman, Dr Tahir Wyatt serta Ustaz Dr Mohd Amirul Hassan Ahmaf Tajuddin ketika di Madinah dan menyifatkan ia suatu pengalaman yang sangat menyentuh hati.

“Paling bermakna dapat melaksanakan ibadah haji bersama suami khususnya di Arafah, tempat di mana Allah SWT menurunkan ayat ke-3, Surah al-Maidah yang memberitahu bahawa Allah SWT sudah menyempurnakan agama kita,” katanya.

Nurul Izzah berkata, dalam perbezaan pandangan dan bertarung dalam medan politik di dunia, tidak seharusnya ibadah dijadikan sebagai bahan tohmahan dan fitnah.

“Biarlah kita saling mendoakan, semoga Allah SWT mengurniakan rezeki dan peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk menjadi tetamu-Nya dalam keadaan yang dimudahkan, diterima amal, dan dijauhkan daripada fitnah manusia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat