Jaga survival laut demi protein sejagat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hari Lautan Sedunia disambut 8 Jun tahun ini menggagaskan tema yang cukup bermakna iaitu “Revitalizing: collective action for the ocean”.

Ia adalah seruan ke arah usaha kolektif kita semua dalam menjaga survivaliti lautan,” kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Keluasan lautan meliputi 70 peratus permukaan bumi. Laut adalah sumber kehidupan, habitat biodiversiti dan sumber utama protein untuk manusia sejagat.

“Dianggarkan juga, seramai 40 juta manusia bekerja dalam industri berasaskan lautan menjelang tahun 2030,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tuan Ibrahim menyeru semua bersatu, bertekad dan berusaha bersungguh-sungguh menjaga anugerah Allah yang cukup besar kepada kita semua.

“Jangan dicemarkan dan dimusnahkan khazanah alam yang indah ini demi untuk keseimbangan hidup kita dan warisan generasi masa hadapan,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat