MacBook Air dan MacBook Pro 13 inci dikuasakan dengan M2

- Advertisement -

Seperti yang dijangka sebelum ini, Apple memperkenalkan barisan cip silikon baharu untuk MacBook keluaran mereka sempena acara WWDC 2022 yang diadakan awal pagi tadi.

Kali ini, Apple akan mengemaskini barisan MacBook mereka dengan dilengkapi cip silikon baharu mereka iaitu Apple M2 untuk siri MacBook Air dan MacBook Pro versi 13 inci.

Untuk barisan MacBook Air, ia didatangkan dengan kuasa prestasi baharu dengan skrin besar 13.6 inci paparan Liquid Retina bersama kamera FaceTime 1080p serta keupayaan sistem bunyi empat speaker.

Ketahanan bateri bagi MacBook Air pula melangkaui 18 jam bersama-sama dengan pengecas MagSafe.

Pengguna boleh memilih empat warna pilihan iaitu Silver, Space Grey, Midnight dan Starlight.

Bagi MacBook Pro yang dikemaskini cip silikon M2, ia khusus untuk versi 13 inci sekali gus memberikan kuasa prestasi lebih baik berbanding silikon terdahulu.

Pengguna boleh melakukan padanan memori disatukan (Unified Memory) sehingga 24GB  bersama-sama ProRes serta ketahanan bateri melebihi 20 jam dengan penggunaan paling optimum.

Barisan baharu MacBook Air serta versi 13 inci MacBook Pro mempunyai kuasa prestasi yang sangat baik sekali gus mampu melancarkan sebarang perisian tugasan kompleks tanpa sebarang masalah.

Pada masa sama, Naib Presiden Kanan Pemasaran Apple, Greg Joswiak berkata, pihaknya teruja memperkenalkan barisan baharu untuk MacBook Air dan versi 13 inci MacBook Pro dengan cip baharu iaitu M2.

“Direka semula sepenuhnya untuk M2, MacBook Air lebih nipis, ringan dan lebih pantas dengan paparan yang lebih besar, kamera yang lebih baik dan hayat bateri sepanjang hari dalam empat kemasan yang cantik.

“Hanya dengan silikon Apple, pengguna boleh membina buku nota nipis dan ringan dengan reka bentuk tanpa kipas dan gabungan prestasi dan keupayaan ini.

“M2 turut hadir pada MacBook Pro 13 inci, menampilkan prestasi luar biasa, pecutan ProRes, sehingga 24GB memori, dan sehingga 20 jam hayat bateri menjadikan komputer riba pro paling mudah alih kami lebih baik,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat