Selepas 5 bulan baru ‘berbunyi’ nak buat Parlimen hibrid, Rais dikritik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim dikritik kerana ‘baru bersuara’ berhubung cadangan sesi persidangan Parlimen secara hibrid.

Tan Sri Shahrir Samad dalam catatan di Facebooknya membidas Rais yang disifatkannya sebagai terlalu sibuk menjaga jawatan sehingga melupakan prinsip.

“Kan dah cakap bagi sesetengah orang, jawatan yang penting.

“Tinggalkan prinsip ke, tinggalkan kawan ke.

“Nganguk je ke, yang penting boss tahu agar jawatan selamat,” bidas Shahrir yang juga Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru.

Bukan cuma beliau, malah sebelum itu pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi juga menyindir Rais, “wow! baru berbunyi- Parlimen sebagai institusi induk pemerintahan demokrasi perlu berfungsi”.

“Pandai cakap, setelah 5 bulan,” bidas beliau.

Semalam dilaporkan, Rais menyifatkan sesi persidangan Parlimen secara hibrid akan membuka suatu perspektif baharu bagi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau berkata, ini setelah Jawatankuasa Khas meneliti konsep dan kaedah pelaksanaan sistem hibrid itu dari pelbagai sudut dan permasalahan, termasuk mengambil kira amalan persidangan hibrid Parlimen negara-negara luar seperti United Kingdom, Australia dan lain-lain.

“Jika cadangan persidangan hibrid ini diterima dan diperkenankan oleh Kabinet dan Yang di-Pertuan Agong, suatu proses persidangan inovatif akan muncul iaitu persidangan secara tradisional “bersidang di dalam Dewan”, bagi memastikan syarat minimum kuorum persidangan dipatuhi dan juga “bersidang secara maya”,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, menurut beliau beberapa aspek penting sedang dalam penelitian Jawatankuasa Khas.

“Ini khususnya dari sudut takrif dan pelaksanaan baru untuk diterima pakai demi memastikan antaranya tiada sebarang pelanggaran perundangan yang melibatkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang berkuatkuasa pada masa ini.

“Ini lantaran konsep dan prosedur ini melibatkan pelbagai implikasi bukan sahaja perundangan termasuk Peraturan Mesyuarat kedua-dua Dewan tetapi juga ketentuan baru berkaitan kelakuan serta tingkah laku Ahli-ahli Parlimen sendiri selain hal-ehwal prasarana dan kelengkapan legislatif,” katanya.

Tambahnya, Jawatankuasa Khas juga secara khusus mengambil kira himpitan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan rakyat pada hari ini serta mengambil berat kelangsungan suara rakyat di Parlimen yang berpaksikan Pemerintahan Raja Berperlembagaan.

Selain itu, Rais berkata Jawantankuasa Khas turut mengambil kira implikasi kuatkuasa pemerintahan darurat yang berdepan dengan cabaran kewangan dan beban tugas para pentadbir Parlimen serta perimbangan kemampuan mengemas kini prasarana yang sedia ada membabitkan komunikasi 222 kawasan Dewan Rakyat dan 70 Senator yang bertebaran di seluruh tanah air.

Justeru, katanya, dengan terlaksananya projek legislatif ini ia merupakan suatu usaha yang murni dan amat membina kerana dalam apa jua keadaan, Parlimen sebagai institusi induk pemerintahan demokrasi perlu berfungsi.

“Usaha ini membuktikan kepada rakyat bahawa pihak Legislatif dan Eksekutif amat objektif terhadap keperluan dan tuntutan semasa khasnya bagi mendapatkan pandangan jujur, ikhlas dan membina daripada seluruh Ahli Parlimen dan para Senator mengatasi ancaman Covid-19 di Malaysia yang ketika ini sudah meragut 3,378 nyawa dan keseluruhan kes menjangkau 616,815.

“Dalam menjayakan matlamat murni dan objektif ini kuasa-kuasa Eksekutif dan Legislatif perlu dicantumkan supaya hasilnya menyempurnakan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan kuasa)1952, Peraturan Mesyuarat kedua-dua Majlis Dewan dan peraturan-peraturan sampingan berkaitan,” katanya.

Jawatankuasa Khas dijadualkan mengadakan mesyuarat susulan hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat