Razlan Gembira Suratnya Dapat Perhatian YDP Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya benar ura-ura yang tersebar mengatakan bahawa Istana Negara berkenan memanggil pimpinan politik bagi mendapatkan pandangan dan mencari jalan penyelesaian mengenai kemelut pandemik Covid-19, ekonomi, rakyat dan amalan demokrasi yang kian tenggelam dalam negara kini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii menyambut baik jika benar perkara itu berlaku, ini bermakna surat yang diutus beliau minggu lalu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dipandang serius.

“Sekiranya dakwaan ini benar, ianya merupakan satu perkhabaran yang amat baik untuk rakyat jelata yang menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

” Bukan saja kepada saya seorang tetapi seluruh rakyat akan bersyukur sekiranya Istana Negara mula mengambil beberapa tindakan menyelesaikan kepincangan di peringkat pentadbiran negara terutamanya,” kata Razlan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menjadi tempat rujukan dan perkongsian idea demi kebaikan bersama, hari ini menjadi kerajaan yang tidak mesra rakyat.

” Akhirnya rakyat terpaksa mengetuk pintu Istana Negara bagi mendapatkan perhatian.

” Yang di-Pertuan Agong adalah tempat rakyat bernaung dari segala kepincangan dan ketidakadilan kerajaan,” ujar beliau.

Razlan menambah, banyak rungutan di kalangan rakyat berkenaan kaedah dan sistem pentadbiran kerajaan yang tidak efisyen, kegagalan mengotakan janji-janji sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), serta sikap Menteri yang tidak bertanggungjawab dengan membenarkan pengoperasian sektor perkilangan sehingga mewujudkan pelbagai kluster baru di tempat kerja dan kerajaan yang dilihat hanya berkomunikasi sehala saja tanpa mendengar kembali keluh kesah rakyat.

” Ditambah lagi dengan sikap menteri dan kementerian yang gagal berperanan sepenuhnya sepanjang tempoh PKP ini.

” Nasib rakyat kian tidak terbela dengan pelbagai kenyataan yang menggusarkan rakyat serta mendakwa rakyat yang menyuarakan pendapat secara terbuka. Jelas ini merupakan kegagalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan para barisan Kabinetnya melaksanakan tugas dengan baik dan cubaan jahat untuk mengukuhkan kuasa politik dengan ‘menggantung’ sidang Dewan Rakyat,” kata beliau.

Razlan menegaskan bahawa segala kekhuatiran dan teguran yang dibuat demi kebaikan rakyat, tidak lagi diperjuangkan sebaliknya rakyat dihidangkan dengan amaran demi amaran supaya rakyat takut dengan tindakan penguatkuasaan kerajaan namun segala perkara ini tidak terpakai kepada mereka yang bersekutu dengan Perdana Menteri.

” Inilah punca mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dengan kesombongan beliau ini telah menyebabkan jutaan nyawa rakyat dijadikan taruhan,” katanya.

4 Jun lalu, dalam surat yang dikirimkannya kepada Istana Negara Razlan mendesak Yang di-Pertuan Agong agar memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk memastikan nyawa rakyat jelata dapat diselamatkan terlebih dahulu berbanding survival parti politik beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat