Masalah Bekalan Air, KKR Sabah Cadang Pendekatan Baharu – Bung Moktar

- Advertisement -

BEAUFORT – Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah akan mencadangkan beberapa pendekatan baharu bagi mengatasi masalah isu bekalan air bersih serta memberi keselesaan kepada rakyat di negeri ini.

Menteri Kerja Raya negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, berikutan terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh pengguna, pihaknya akan memastikan bekalan air di Sabah tidak menjadi bebanan dan cadangan pendekatan itu dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet kerajaan negeri esok.

“Tindakan segera perlu diambil dan beberapa pendekatan akan kita cadangkan kepada kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat mendapat bekalan air yang sebaiknya selain memastikan kelangsungan hidup rakyat dapat berjalan dengan sempurna.

“Antara pendekatan kita adalah bercadang membina kolam takungan air dimana ia akan berfungsi jika air keruh atau musim kemarau air akan disedut dari kolam berkenaan. Ini dicadang akan dibina diseluruh daerah di Sabah,”katanya selepas melawat Loji Penapis Air Jempangah disini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri sebelum ini turut melawat beberapa loji air di daerah dan mendapati beberapa kerosakan berlaku selepas bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Saya dapati ada pam loji yang rosak akibat bencana banjir yang lalu dan saya sudah mengarahkan Jabatan Air segera memperbaiki kerosakan itu bagi memastikan bekalan dapat disalurkan secepat mungkin.

“Selain itu, saya juga sudah mengarahkan untuk kerja-kerja penghantaran bekalan air bersih kepada penduduk terjejas diteruskan,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat