Filem penuh mesej

- Advertisement -

FILEM: Move to Heaven

PENGARAH: Kim Sung-ho

PENULIS SKRIP: Yoon Ji-ryeon

PELAKON: Lee Je-hoon, Tang Joon-sang, Lee Jae-wok, Ji Jin-hee, Hong Seung-hee

TERBITAN: Page One Film, Number Three Picture

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(ULASAN filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

Bagi peminat drama bersiri Korea, mungkin judul siri Move to Heaven tak lagi asing. Mungkin ada yang dah habiskan menonton semua episod yang ada.

Secara peribadi, saya bukanlah peminat tegar drama bersiri Korea Selatan. Tapi, kalau ada yang disebut-sebut dan disarankan, memang saya akan tonton.

Untuk drama ini, saya sempat tonton dari episod pertama sehinggalah episod terakhir. Seperti biasa, drama bersiri Korea Selatan memang ‘berhantu’.

Selepas tengok episod pertama, mesti akan ada sesuatu umpama ‘kuasa ghaib’ yang berjaya mencangkuk saya untuk menonton episod seterusnya.

Secara ringkas, berdasarkan informasi carian di Internet, Move to Heaven adalah karya yang diinspirasikan daripada esei berjudul Things Left Behind.

 

 

 

ANTARA babak menarik dalam siri ini.
ANTARA babak menarik dalam siri ini.

 

Penulisnya pula adalah pekerja pembersihan forensik atau ‘trauma cleaner’ bernama Kim Sae-byul.

Berbalik kepada siri Move to Heaven, ia mengisahkan mengenai remaja bernama Geu-ru lakonan Tang Joon-sang yang menghidap sindrom Asperger.

Di samping bergelar pelajar, Geu-ru juga membantu ayahnya mengusahakan syarikat pembersihan forensik. Namun, Geu-ru diduga apabila ayahnya meninggal dunia.

Kerana itu, dia kini berada di bawah tanggungjawab bapa saudaranya, Sang-gu lakonan Lee Je-hoon yang memiliki sikap yang sangat berbeza dengan Geu-ru dan bapanya.

Pada masa sama, Sang-gu yang juga peninju haram perlu hidup sebagai penjaga Geu-ru sekaligus menjadi cabaran buatnya.

Sepanjang 10 episod, penonton dibawa mengharungi kisah suka duka serta konflik yang timbul antara kedua-dua mereka.

Dari segi jalan cerita, setiap episod memaparkan kisah yang berbeza. Ia sekaligus membuatkan penonton tidak sabar menunggu episod seterusnya.

Banyak mesej yang disampaikan di dalam setiap episod antaranya mengenai kekeluargaan dan disiplin.

Secara tak langsung, Move to Heaven juga membuka mata penonton mengena hakikat kerjaya sebagai pekerja pembersihan forensik dan juga kematian yang berlaku dalam masyarakat.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat