Juri suara ‘sumbang’

- Advertisement -

PROGRAM pertandingan nyanyian selalunya mencari bakat terpendam dengan vokal mantap serta lunak daripada peserta-pesertanya.

Namun, program terbaharu berjudul Sumbang Suara di TV3 pula menyajikan konsep berbeza berbanding pertandingan lain.

Lebih menarik, juri tetapnya juga bukan calang-calang kerana salah seorang itu adalah penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie.

Walaupun memiliki pengalaman berdekad lamanya dalam industri seni suara tanah air, ini menjadi cabaran baharu buat Awie dalam melontarkan kritikan serta mencari pemenang untuk setiap episod.

“Sumbang Suara adalah program hiburan semata-mata dan bukan satu program yang bertujuan untuk menyakiti hati sesiapa.

“Ia diwujudkan khas buat mereka yang tidak boleh menyanyi, tetapi menyimpan impian untuk menyanyi di kaca TV,” katanya.

Berkongsi mengenai tugasnya sebagai juri yang dikenali sebagai Wakil Netizen, Awie berkata, dia dan rakan juri iaitu Hazama mengadili semua peserta berdasarkan beberapa kriteria.

“Kalau nak bercakap mengenai vokal, tentunya itu bukan kriteria utama kerana program ini pun memang bukan program yang mencari bakat nyanyian.

“Jadi, saya dan Hazama mengadili semua peserta berdasarkan tahap keyakinan mereka ketika membuat persembahan dan kreativiti dipertontonkan menerusi video yang dikirim,” katanya.

Selain program yang disiarkan setiap Ahad itu, Awie juga kini menghabiskan sepenuh waktunya di rumah bagi mematuhi perlaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP).

“Sekarang, saya seperti orang lain, berada di rumah menjalani SPP. Sepatutnya, kalau diikutkan jadual pihak saya dan Wings menyiapkan album terbaharu kami. Namun, ia terpaksa ditunda.

“Selain itu, saya juga baharu sahaja selesai merakamkan lagu khas untuk Palestin. Ini adalah salah satu sumbangan daripada saya untuk program kemanusiaan,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai program kemanusiaan itu, Awie yang juga aktif menjalankan kerja amal berkolaborasi dengan badan bukan kerajaan (NGO).

“Ada NGO My Palestine yang bekerjasama dengan kami. Jadi, lagu ini akan dimainkan oleh NGO itu dan saya harap ia akan dimainkan di radio juga.

“Insya-Allah, kami juga akan menyalurkan sumbangan ke Palestin dan mungkin ia dalam bentuk bantuan kewangan atau barangan keperluan asas untuk mereka serta barangan perubatan,” katanya.

Dia yang sebelum ini pernah menjalankan beberapa misi kemanusiaan juga menegaskan bahawa bantuan kepada rakyat Palestin yang ditindas Israel tidak seharusnya terhad atas dasar agama semata-mata.

“Nilai kemanusiaan itu tidak tidak mengira agama mahupun lokasi. Kalau berlaku penindasan di mana-mana negara, kita akan bantu atas dasar kemanusiaan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat