Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

- Advertisement -

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL baru-baru ini.

Sumbangan RM10,000 ini adalah bantuan khas untuk Siti Sarah, kata Pegawai Khas YAB Menteri Besar Pahang Fadzli Mohamad Kamal yang mewakili YAB Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan tersebut.

“Saya mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Siti Sarah Binti Ishak di Kg Kuala Atok, Raub, sebentar tadi.

“Sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang ini adalah bagi menampung kos pembedahan jantung untuk kali kedua yang beliau jalani di CVSKL Hospital, baru-baru ini,” ujarnya.

Tedahulu, Siti Sarah dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital iaitu Tetralogy of Fallot (TOF) gabungan daripada 4 masalah pada jantung antaranya jantung berlubang dan injap sempit. Beliau telah berjaya menjalani pembedahan pertama di IJN ketika berusia 8 tahun.

“Ayuh kita doakan agar Siti Sarah dipermudahkan urusan dan mendapat rahmat perlindungan daripada Allah SWT,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat