Perdana Menteri perlu segera tamatkan perkhidmatan Azam Baki, defisit kepercayaan rakyat terhadap SPRM kian merosot — Harris

KUALA LUMPUR,— Ketua Penerangan ARMADA Bersatu Malaysia, Harris Idaham Rashid menggesa Perdana Menteri supaya segera menamatkan perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki susulan kemerosotan kepercayaan rakyat terhadap institusi berkenaan.

“Perdana Menteri perlu segera menamatkan perkhidmatan Azam Baki kerana defisit kepercayaan rakyat terhadap SPRM kian merosot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Harris, keadaan itu amat membimbangkan memandangkan SPRM merupakan institusi utama yang diamanahkan untuk membanteras rasuah dan penyelewengan, namun kini berdepan krisis keyakinan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, situasi tersebut bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat, malah turut memberi kesan kepada imej negara di peringkat antarabangsa dalam usaha memerangi rasuah.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam tindakan penahanan tiga aktivis muda iaitu Hamdin Nordin, Fakrurrazzi dan Ahsanul Akmal yang sebelum ini mendesak agar Azam Baki ditangkap.

Katanya, tindakan terhadap ketiga-tiga individu itu dilihat sebagai mengekang suara rakyat, selain menegaskan mereka sebenarnya mewakili sebahagian besar masyarakat yang hilang kepercayaan terhadap institusi berkenaan.

Tambah beliau, insiden yang berlaku pada 7 April lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menunjukkan semakin ramai rakyat berani menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap SPRM.

“Perkembangan ini menunjukkan bahawa krisis kepercayaan terhadap institusi tersebut bukan lagi isu terpencil, sebaliknya telah menjadi kebimbangan umum yang perlu ditangani segera,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan usaha memulihkan keyakinan terhadap institusi negara perlu diberi keutamaan bagi memastikan integriti dan kredibiliti sistem pentadbiran negara terus terpelihara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat