Lima Kawasan Perumahan Di Pekan Dikenakan PKPD Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan taman perumahan dan perkampungan di daerah Pekan, Pahang bermula esok hingga 22 April.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan berkenaan berkait dengan Kluster Teknologi Peramu Jaya melibatkan pekerja kilang yang tinggal di Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD itu dilakukan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengesahkan berlaku penularan jangkitan COVID-19 di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 495 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 67 kes positif COVID-19 telah direkodkan daripada kluster ini,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Justeru, Ismail Sabri berkata pelaksanaan PKPD itu adalah untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti berkenaan dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata 64 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam dengan 59 dikompaun dan lima lagi direman.

Bagi kawalan sempadan negara pula, beliau berkata 37 pendatang tanpa izin ditangkap dalam Operasi Benteng semalam, selain enam kenderaan darat dirampas.

Beliau turut memaklumkan, seramai 1,306 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam, dan daripada jumlah itu 37 didapati positif.

Ismail Sabri berkata secara kumulatif, seramai 677,690 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 melibatkan 35,066 majikan dan daripada jumlah tersebut, 10,199 disahkan positif manakala 667,491 lagi adalah negatif. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...