1,285 Kes Baru Covid-19, Empat Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,285 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 17 adalah kes import membabitkan lapan warganegara dan sembilan bukan warganegara, manakala 1,268 lagi kes tempatan.

Katanya, jumlah terbaru itu menjadikan kumulatif kes di negara ini adalah 355,753, dengan 14,203 kes aktif.

“Empat kematian dilaporkan hari ini membabitkan dua kes di Selangor dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 1,308 kes.

“Sebanyak 1,175 kes sembuh, manakala 186 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 374 kes di Selangor, 292 daripadanya adalah dari kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ia diikuti Sarawak sebanyak 211 kes (16.4 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 162 kes (12.6 peratus).

“Sebanyak 105 kes (8.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (89 kes); Kluster Tembok Sri Aman (6 kes); Kluster Pagar Bukit Chagar (4 kes); Kluster Tembok Taiping (2 kes); Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes); Kluster Tembok Mempaga (1 kes); dan Kluster Tembok Tapah (1 kes),” katanya. – HMetro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

PAS terbuka terima Amanah sertai PN dengan syarat kena keluar PH

KUALA LUMPUR - PAS mengakui terbuka menerima penyertaan Amanah ke dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN)," kata Ketua Penerangannya Kamaruzaman Mohamad. Menurut beliau, PAS tidak melihat...