Audio Suara Mirip Zahid, Tun Faisal Ajak Zahid Bersumpah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Abd Aziz meminta agar Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersumpah berkait audio mirip suaranya adalah palsu.

Tun Faisal dalam kenyataan Facebooknya menegaskan, Presiden UMNO itu perlu bersumpah bagi menafikan audio mirip suaranya dan Anwar yang tersebar di laman sosial adalah sengaja direka-reka.

Bukan itu sahaja tegas Tun Faisal, Zahid perlu juga bersumpah beliau tidak terlibat dalam surat sokongan kepada Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

“UNTUK mempertahankan Presiden, team pencipta fitnah telah mencipta pelbagai fitnah. Salah satunya memfitnah saya terlibat mencipta audio Zahid-Anwar.

“Untuk menghentikan polemik dan perbuatan tuduh menuduh ini, saya akan bersumpah atas nama Allah bahawa saya tidak terlibat mencipta audio Zahid-Anwar dan tidak terlibat dalam penyebarannya, melainkan hanya berkongsi dengan beberapa group WhatsApp bagi membuktikan saya BENAR dalam isu sokongan Zahid kepada Anwar dan mereka yang menafikan sokongan ini SALAH. Saya juga akan bersumpah bahawa Surat Sokongan Zahid terhadap Anwar juga benar.

“Bagaimanapun, sebelum saya bersumpah, saya ingin menjemput Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bersumpah juga atas nama Allah bahawa suara dalam audio itu bukan suara beliau dan surat sokongan terhadap Anwar itu juga tidak benar dan beliau tidak terlibat dengan pemberian sokongan tersebut.” jelas beliau lagi.

Ujar Tun Faisal lagi dengan memetik ayat Al-Quran Surah Ali Imran ayat 6, “kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah kamu beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”

“Mari kita lakukan majlis bersumpah ini di Surau Ar Rahman PWTC. Saya akan menghubungi Datuk Sumali untuk aturkan majlis ini,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat