Suhaimi Sulaiman Kini Pengerusi baharu Bernama

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR – Personaliti penyiaran dan pakar strategi media tanah air Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu bagi tempoh satu tahun berkuatkuasa 1 Feb lepas.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Azmi Ariffin dilantik semula sebagai Yang Dipertua Majlis Penyeliaan Bernama, juga bagi tempoh satu (1) tahun berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah ketika mengumumkan perkara ini dalam satu kenyataan hari ini, berkata Suhaimi menggantikan tokoh media Datuk Seri Azman Ujang.

“Kementerian mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Azman atas perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Bernama sejak tahun 2016,” katanya.

Menteri itu turut mengumumkan pelantikan barisan 12 Anggota Lembaga Pengelola Bernama dan empat Anggota Majlis Penyeliaan Bernama, yang berkuatkuasa bagi tempoh perkhidmatan yang sama.

Saifuddin berkata pelantikan mereka telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan peruntukan Akta Bernama 1967 [Akta 780].

Suhaimi, 57, yang berpengalaman dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

“Kementerian berharap Pengerusi Bernama serta barisan Anggota Lembaga Pengelola yang baharu ini berupaya membawa Bernama ke tahap yang lebih tinggi sebagai agensi berita yang berwibawa selaras dengan hasrat serta kepentingan awam,” kata Saifuddin.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...