Hujah Mufti Perlis Macam ‘Ostad Sampul’, Kata Hanipa

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyifatkan kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai memalukan.

Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Mentei (Undang-Undang) itu berkata komen Asri berhubung Parti Amanah Negara (PAN) dibuat tanpa melihat konteks secara keseluruhan.

“Perrtama, saya pelik bila Mufti tafsir sesuatu perkara tak lihat konteks. What a Shame !!! Takkan hujah mufti standard macam hujah setengah OSTAD SAMPUL parti ehem (Pas) je!! Malulah!

“Kedua, takkan saya nak kena minta Mufti tolonglah baca kitab-kitab tafsir – كتب التفاسير untuk dia boleh lihat banyak contoh bagaimana para ulama tafsir ketika menafsir sesuatu ayat itu, kadangkala sebut ” kita kena lihat سياق الاية..-konteks ayatlah tu -walaupun melibatkan topik atau subjek yang sama,” katanya melalui satu kemaskini di laman Facebook semalam.

Walaupun mengakui terdapat beberapa ahli parlimen parti itu yang melompat ketika bersama Pas, namun katanya ia bukan kerana mahu mengejar jawatan.

“Ya, Amanah dulu lompat dari parti ehem (Pas) dan sekarang pula ada dari kalangan anggota GPB (gomen pintu belakang) yang juga melompat.

“Tajuk yang sama – lompat – tapi konteks yang berbeza, tuan mufti.

“Kami dari Amanah pada masa tu bukan suka-suka nak melompat tuan mufti. Kami bukan lompat sebab nak jadi menteri!” katanya.

Mohd Asri pada 5 April lalu berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dianggap pengkhianat kerana tidak terikat dengan sebarang janji, berbanding Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Mohd Asri berkata demikian sebagai menjawab soalan seorang penyokong PAN yang bertanya mengapa beliau mengiktiraf mereka yang melompat sehingga berjaya membentuk kerajaan PN. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat