KKSY raih anugerah pengiktirafan 5 ‘Diamond ’ program Cabaran Bandar Rendah Karbon

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR- Kolej Komuniti Selayang (KKSY) membuktikan keunggulannya dalam amalan kelestarian apabila meraih Anugerah Pengiktirafan 5 ‘Diamonds’ dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 di Sofitel Hotel KL Damansara dekat sini, baru-baru ini.

Kejayaan ini lebih bermakna kerana KKSY merupakan satu-satunya institusi di bawah Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (POLYCC) yang mendapat pengiktirafan dalam program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 bagi tahun 2024.

Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Timbalan Pengarah Akademik KKSY, Mohammad Tarmizi Balya.

Mohammad Tarmizi, berkata kejayaan ini adalah hasil usaha gigih seluruh warga KKSY yang sentiasa komited dalam memastikan institusi ini mengamalkan prinsip kelestarian dan memenuhi piawaian bandar rendah karbon.

“KKSY telah menjalankan pelbagai inisiatif hijau termasuk pengurusan tenaga yang cekap, penggunaan sumber lestari, serta kesedaran dalam kalangan warga kampus terhadap kepentingan kelestarian alam.

“Pengiktirafan ini juga membuktikan bahawa institusi pendidikan mampu menjadi peneraju dalam perubahan ke arah kelestarian dan dengan usaha berterusan.

“KKSY tidak hanya berperanan sebagai pusat akademik, malah sebagai model institusi hijau yang menyumbang kepada usaha negara dalam mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG), ”katanya dalam satu kenyataan, di sini.

“Dengan pengiktirafan ini, KKSY bertekad untuk memperkasakan lagi amalan hijau dalam semua aspek pengurusan dan pengajaran.

“KKSY berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada institusi lain untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar.

“Pencapaian ini menjadi pemangkin kepada KKSY untuk terus memimpin dalam usaha memelihara alam sekitar dan mengangkat nama POLYCC ke peringkat yang lebih tinggi,”katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat