Idris Harun Dilantik Semula Peguam Negara Untuk Tempoh Setahun – KSN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 6 Mac lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu memegang jawatan Peguam Negara sejak 6 Mac 2020 menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas.

Idrus, 67, berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Malaya memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada tahun 1980 dan memegang pelbagai jawatan selepas itu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat