573 anggota polis dijadual tunai tanggungjawab undi awal di DUN Maharani

- Advertisement -

MUAR – Seramai 573 anggota polis pelbagai pangkat bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani.

Dewan Perumahan Polis Parit Perupok, Muar menjadi pusat pembuangan undi yang dibuka jam 8 pagi mula dihadiri anggota polis.

Semua anggota polis yang hadir diwajibkan untuk mengimbas aplikasi MySejahtera dan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Proses pengundian mula dibuka jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang.

Calon BN, Noor Farah Shamsudin antara yang pertama turun di proses pengundian awal di Dewan Perumahan Polis Parit Perupok, Muar.

Beliau sempat meninjau perjalanan proses pengundian yang sedang berlangsung.

Selepas itu disusuli calon DUN Maharani bagi Parti Bangsa Malaysia (PBM) Muhammad Hanis Asmui Md Salleh hadir di Dewan Perumahan Polis Parit Perupok, Muar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat