50 Peratus Pembeli PR1MA Golongan Muda – Menteri KPKT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 peratus atau 17,543 pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di seluruh negara terdiri daripada golongan muda yang berusia 25 hingga 35 tahun setakat Disember tahun lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pada tahun lepas sahaja sebanyak 34 peratus atau 1,904 pembeli rumah PR1MA terdiri daripada golongan itu.

“Ini sekali gus membuktikan harga tawaran rumah PR1MA menjadi kegemaran anak muda dan mampu dimiliki golongan berkenaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri persidangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kejayaan kementerian dalam menyediakan projek perumahan mampu milik khususnya bagi golongan muda berumur 25 hingga 35 tahun, seterusnya sambutan golongan muda terhadap projek perumahan PR1MA seluruh negara.

Selain itu, Reezal Merican berkata PR1MA juga akan memperkenalkan inisiatif Youth Home Ownership yang menyasarkan peningkatan pemilikan rumah PR1MA dalam kalangan golongan muda iaitu dari 50.3 peratus kepada 70 peratus menjelang hujung tahun ini.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat