‘Kita sendiri bunuh industri muzik’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Kita yang bunuh industri muzik dan hiburan kita sendiri.”

Itu kata komposer Julfekar mengenai tindakan stesen TV yang membawa masuk dan menjadikan elemen tular negatif dalam penerbitan sesebuah program hiburan.

Julfekar berkata, stesen TV sepatutnya lebih bertanggungjawab dan bukannya memikirkan soal jumlah tontonan atau ‘rating’ semata-mata.

“Penyiar seharusnya ada rasa tanggungjawab untuk mengangkat industri hiburan di Malaysia ke tahap lebih bagus. Kalau ya pun nak ‘rating’, tak perlulah sampai begitu caranya.

“Kenapa nak tularkan sangat perkara negatif ini? Betul-betul merosakkan industri. Banyak lagi cara lain tanpa merosakkan industri hiburan tanah air,” katanya.

Dalam masa sama, Julfekar mahu stesen TV bersikap lebih serius selain perlu memberi peluang kepada mereka yang lebih berbakat dan mempunyai kualiti.

“Memang tidak dinafikan gimik kejutan sebegitu memberi impak besar dari segi pemasaran, tapi janganlah sampai memalukan industri secara keseluruhannya. Malu kita pada negara-negara jiran. Biarlah ada standard sikit.

“Bagilah peluang kepada mereka yang boleh nyanyi untuk dijurikan seadilnya dan berikanlah peluang juri profesional menjalankan tanggungjawab mereka sebagusnya, tanpa gangguan yang memualkan,” katanya.

Terdahulu, kecoh apabila Astro menerusi program Big Stage musim keempat menampilkan usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkifli sebagai peserta ke-12 pada konsert pertama yang berlangsung semalam.

Kemunculan Iqbal itu ternyata bukan gimik, malah dia mengakui sudah dipelawa dan dipujuk berkali-kali oleh pihak berkenaan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat