Kerajaan Tidak Campur Tangan Siasatan Ke atas Azam Baki

- Advertisement -

KOTA MARUDU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan dalam siasatan ke atas Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menurut Perdana Menteri, sebarang siasatan ke atas Azam Baki harus mengikut lunas undang-undang tanpa sebarang campur tangan politik.

“SPRM di bawah Lembaga penasihat pencegah rasuah. Suruhanjaya sekuriti juga sedang melakukan siasatan dan akan memanggil Tan Sri Azam Baki untuk mendapatkan penjelasan.”

“Kita tunggu keputusan yg dibuat oleh suruhanjaya. Kita tidak boleh ‘jump to conclusion’, “ kata Ismail Sabri ketika ditanya oleh pemberita dalam Majlis Penyampaian Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sini petang tadi.

Menurut Ismail Sabri lagi beliau yakin dengan sistem yang ada dan setiap orang berhak membela diri.

Tegas Perdana Menteri, beliau sendiri memberi jaminan bahawa beliau tidak akan berkompromi jika ada isu berkaitan salah laku sesiapa sahaja. Bagaimanapun kita mesti berlaku adil selepas selesai prosedur siasatan, barulah kita buat keputusan.

“SPRM itu asalnya Badan Pencegahan Rasuah (BPR). Diletakkan di bawah suruhanjaya supaya tidak ada campur tangan oleh kerajaan .

“Takkan nak saya campur tangan, saya harap kita konsisten dengan apa kita lakukan. Kalau dulu kita kata dia badan bebas tiada campur tangan.” Katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat