Dalam politik, no permanent enemies, no permanent friends – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) bukan lagi parti nostalgia, tetapi mesti menjadi parti masa depan, jelas Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkan bahawa dalam arena politik, tiada musuh dan rakan yang kekal, Pengerusi BN itu menyeru semua ahli untuk keluar dari bayangan masa lalu, dan mencipta kejayaan masa depan yang gemilang.

“Dalam politik, no permanent enemies, no permanent friends.

“BN bukan lagi parti nostalgia, tetapi mesti menjadi parti masa depan.

“Kini, saatnya untuk kita bergerak maju dengan semangat yang baharu,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas ke-50 Tahun BN di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Tambahnya BN perlu menyusun semula hala tuju dengan visi dan misi yang jelas, selaras dengan aspirasi Malaysia yang berpaksikan masa depan.

“50 tahun kehadapan, kesesuaian strategi, gerak kerja dan tindakan perlu mengikut kepada acuan masyarakat yang rencam dan pelbagai.

“Dahulu, pendekatan kita lebih tertumpu pada cara tradisional dalam menyantuni rakyat. Kini, BN perlu berubah menjadi parti berasaskan data, memanfaatkan teknologi terkini untuk memahami sentimen dan corak pemikiran rakyat,” katanya.

Malah, jelasnya BN juga perlu mengamalkan budaya politik baharu yang mengutamakan meritokrasi dan intelektualisme.

“Pemimpin harus menjadi penyelesai masalah yang cekap dan fokus kepada dasar berimpak besar kepada rakyat.

“Selain mempererat hubungan dengan rakan politik, BN juga perlu memperkukuh gerakan akar umbi, membina kepercayaan rakyat, serta menangani cabaran masyarakat dengan pendekatan inklusif dan aspirasi bersama,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat