Beri bantuan sebelum, selepas banjir – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka memgalami gelombang kedua banjir.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata sebanyak 1,000 pek bantuan barangan keperluan asas akan diagihkan kepada mangsa banjir hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menjelaskan pihaknya sentiasa memberikan bantuan sebelum mahupun selepas musim bencana atau pilihanraya.

“Ramai orang tolong sebelum dan ketika banjir kita tidak bermusim dengan memberikan khidmat bantuan kepada masyarakat sepanjang masa tanpa mengira musim bencana atau pilihan raya.

“Tidak ramai yang tolong selepas banjir, maka keprihatinan dan pertolongan BN selepas banjir menunjukkan keprihatinan BN tidak bermusim.

“Kita tetap menyantuni rakyat keseluruhannya” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat pelepasan  sukarelawan Skuad Misi Bantuan Pasca Banjir Barisan Nasional (BN) ke pantai timur dan utara di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Beliau berkata melalui maklumat Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) gelombang kedua itu akan berlaku dalam tempoh dua minggu bermula esok.

Tambahnya bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, banjir dijangka berlaku dalam tempoh penghujung bulan ini hingga Mac.

“Kita harap supaya tidak terjadi seperti mana gelombang pertama, kali ini gelombang kedua mungkin akan melibatkan Johor dan Pahang dengan lebih berat lagi namun kesiapsiagaan melalui pengagihan perkhidmatan untuk aset dan pegawai serta anggota serta peralatan kita telah kita atur gerakkan

“Kita harapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melakukan penyelarasan terhadap usaha yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan di seluruh negara,”katanya.

Untuk rekod, sebanyak 10,000 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 153,000 pada 1 Disember lepas, yang melibatkan 45,000 keluarga.

Sukarelawan pasca banjir terdiri daripada 300 Pemuda, Wanita dan Puteri BN dan 100 UMNO Siswa yang melibatkan tujuh kenderaan pacuan empat roda, dua van, 15 lori dan satu treler.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat