Selain RISDA, pekebun boleh mohon BMT dengan agensi lain – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – RISDA diperuntukkan sebanyak RM264.91 juta bagi melaksanakan pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada tahun 2024, di mana seramai 331,142 orang pekebun kecil getah bakal menerima manfaat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembayaran berjumlah RM800 seorang iaitu pembayaran RM200 sebulan selama 4 bulan akan dikreditkan kepada pekebun kecil yang layak pada bulan November 2024
sehingga Februari 2025.

Jelas beliau, bagi pekebun kecil lain yang tidak berdaftar atau belum berdaftar dengan RISDA atau telah berdaftar dengan
Kementerian Perladangan dan Komoditi atau mana-mana Agensi lain seperti FELCRA, Jabatan Pertanian Sarawak,
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Getah Malaysia (LGM), KESEDAR, KETENGAH, dan lain-lain
agensi atau jabatan, pekebun kecil berkenaan masih boleh memohon BMT dengan mengisi borang permohonan BMT
2023 seterusnya borang tersebut perlu dikemukakan bersama surat pengesahan daripada agensi.

“Dengan demikian pemohonan ini adalah dianggap sebagai berdaftar dengan RISDA,” kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Ak Nan dan Senator Abdul Nasir Idris yang bertanya bertanya soalan
berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh serta nasib pekebun kecil yang tidak berdaftar dengan RISDA tetapi berdaftar dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi tidak mendapat bantuan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat