Pecat sudah jadi modus operandi harian Umno – A.Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin berpandangan pecat sudah jadi modus operandi harian parti Umno.

Kata beliau, boleh jadi lebih ramai kena pecat atau undur diri daripada masuk jadi ahli Umno.

“Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil bertegas tidak hadir mesyuarat MKT malam tadi sebagai tindakan protes terhadap kepimpinan parti itu.

” Sebagai tindak balas, MKT membuat keputusan memecat beliau. Pecat sudah jadi modus operandi harian parti itu. Boleh jadi lebih ramai kena pecat atau undur diri daripada masuk jadi ahli.

“Laporan media massa arus perdana berkata, Isham bertegas untuk kekal dengan pendiriannya tidak hadir mesyuarat selagi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi kekal dengan pendirian menyertai pilihan raya bersama DAP,” katanya.

Dalam bahasa paling mudah, Isham buat tuntutan yang tidak berpatutan, ujar A. Kadir.

Justeru beliau membangkitkan pertanyaan, kalau Umno tidak menempel dengan DAP, macam mana hendak jadi sebahagian daripada kerajaan?

“Kalau tidak jadi sebahagian daripada kerajaan, macam nama (Datuk Seri) Ahmad Zahid hendak jadi Timbalan Perdana Menteri?

“Kalau tidak jadi Timbalan Perdana Menteri, bolehkah dapat DNAA ke atas kes prima facie?

“Senang lah Isham cakap. Dia bukan Presiden Umno, bukan Ahli Parlimen dan yang penting sekali dia tidak dibicarakan di mahkamah atas apa-apa pun kes,” bidas beliau lagi.

Kata A. Kadir, kalau Umno kuat macam sebelum Pilihan Raya Umum 2018, bolehlah gebang.

“Misalnya, seburuk-buruk keputusan PRU 2013, ia masih boleh membentuk kerajaan.

“Tetapi selepas PRU 2018, Umno-BN tidak ada harapan berada di sebelah kerajaan kalau bukan dengan merampas kuasa melalui persekongkolan dengan Bersatu, Pas dan serpihan PKR atau bersekedudukan dengan DAP dalam Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal demikian beliau berpendapat sama ada Umno menempel dengan DAP atau tidak, selagi ia di bawah kepemimpinan sekarang susah untuk pulih.

“Tengoklah keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman 2 November lepas. Mana ada DAP di Kemaman? Kalau ada pun berapa kerat sangat. Tapi Umno kalah juga walaupun letak bekas jeneral dan Pakatan Harapan tak bertanding macam masa PRU tahun lalu.

“Pengundi bukan tolak bekas jeneral. Dia bukan buat salah apa pun. Malah dia berjasa kepada negara. Yang pengundi tolak adalah Umno dan pemimpinnya.

“Ikut cerita beberapa orang wartawan kanan media arus perdana, Perdana Menteri sudah sedar hal ini. Kekalahan teruk Umno di Kemaman selepas kalah teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu mengukuhkan bukti yang ia bukan rakan kongsi yang boleh diharapkan untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

“Akhir kalam, pemimpin muda dan penggiat Umno yang berasa mereka boleh menyelamatkan parti itu, elok baca cerita mengenai kejatuhan Ovaltine dan Planta. Orang tua sudah tahu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat