Pelawaan PAS bukti kerjasama dengan Umno tak masuk neraka, kafir – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelawaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menjalin kerjasama semula dengan Umno jelas bersama dengan Umno tidak masuk neraka atau kafir.

Penegasan itu dilahirkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Apabila Timbalan Presiden PAS sendiri menyatakan keinginan untuk bekerjasama semula dengan Umno, maka yang jelas sokong atau kerjasama dengan Umno tidak masuk neraka.

“Sokong atau kerjasama dengan Umno tidak sesat atau kafir.

“Umno masih kekal Islam, tidak kafir, tidak toghut, tidak munafik sebagaimana ceramah-ceramah kempen mereka,” tempelak Asyraf.

Semalam, PAS tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan Umno di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang kerjasama dengan Umno perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tegas Tuan Ibrahim, PAS tidak pernah mengenepikan agenda penyatuan ummah.

Menurut beliau lagi, kerjasama boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja melalui PN kerana sebagai parti utama, sebarang kerjasama politik mestilah dipersetujui oleh Majlis Syura.

Justeru, nasihat Asyraf buat semua ialah besederhana dan berpada-padalah dalam berpolitik dan berparti.

“Berbeza parti tidak wajar putus tali silaturrahim; berbeza parti tidak harus pecah hubungan ukhuwwah sesama Muslim.

“Berbeza parti jangan sampai saling sesat-menyesat, memaki hamun, apatah lagi memugar semula fenomena kafir mengkafir yang memudaratkan.

“Sebab itulah Islam mengajar untuk sentiasa bersederhana dalam berkawan mahupun berlawan. Saidina Ali Rahimahullah pernah berpesan “Sayangilah kekasihmu sesederhana mungkin, kerana mungkin kekasih yang disayangi itu boleh menjadi musuh yang kamu benci.

“Bencilah musuhmu sesederhana mungkin, kerana mungkin musuh yang kamu benci itu boleh menjadi kekasihmu yang kamu sayangi” (Imam Bukhari, Adaabul Mufrad),” nasihat Asyraf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat