Malaysia selangkah lagi ke final Hoki Dalam Dewan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Skuad hoki dalam dewan wanita negara meneruskan kemaraan pada Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 yang berlangsung di Chonburi, Thailand selepas menewaskan Iran 4-2 pada aksi Kumpulan A sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Malaysia dua kali bangkit daripada ketinggalan bagi memastikan kemenangan berharga, sekali gus membawa pasukan negara melayakkan diri ke pusingan empat terbaik.

Iran terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi Ziba Yahyavi sebelum disamakan kedudukan 1-1 oleh jaringan yang dilakukan Raja Norsharina Raja Shahbuddin tiga minit kemudian.

Pasukan lawan sekali lagi berada di depan 2-1 apabila Pania Abbasi menjaringkan gol pada minit ke-18, namun empat minit berselang Malaysia kembali menyamakan kedudukan menerusi Siti Nur Arfah Mohd. Nor.

kebangkitan Malaysia tidak dapat dibendung lagi apabila menambah dua lagi jaringan masing-masing menerusi Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun pada minit ke-24 dan Juliani Mohamad Din (m-25).

Justeru, menanti Malaysia di separuh akhir esok adalah antara Indonesia dan Thailand yang sedang berentap ketika ini bagi aksi Kumpulan B.

Sebagai rekod, pasukan negara perlu menjadi juara kejohanan memandangkan ia merupakan satu-satunya syarat untuk melayakkan diri ke saingan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia Februari tahun depan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat