Akhirnya PSM mohon maaf, akui tak cukup masa baik pulih padang SNBJ

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini akhirnya tampil memohon maaf kepada Malaysian Football League (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 malam esok.

Menerusi satu kenyataan medianya, PSM berkata permohonan maaf itu turut ditujukan kepada semua para peminat sukan bola sepak negara terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) Terengganu FC (TFC) serta semua penyokong kedua-dua pasukan itu.

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu.

“PSM komited melakukan penambahbaikan mengikut prosedur operasi standard
(SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, kurang 24 jam menjelang final Piala Malaysia esok, peminat bola sepak terus membangkitkan isu padang SNBJ yang didakwa kelihatan seperti jeans lusuh.

Situasi itu dilihat merosakkan mood dan keghairahan banyak pihak terutama pasukan JDT dan TFC yang akan bersaing merebut piala berprestij itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat