‘Kalau jumpa, terus kahwin’ – Zizan Razak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Walaupun hampir semua wanita yang pernah dikaitkan dengannya sudah berumah tangga, pelawak dan pelakon Zizan Razak tidak pernah berputus asa sebaliknya menganggap jodoh belum tiba.

Zizan berkata, sekiranya ditemukan dengan wanita pilihan yang tepat, dia enggan membuang masa untuk berkenalan dalam tempoh yang lama.

“Tiada siapa yang tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Cuma buat masa ini, saya banyak menghabiskan masa dengan perkara yang memberi keuntungan seperti berniaga.

“Andai sudah ada wanita yang tepat dan keluarga masing-masing merestuinya, saya akan berkahwin tanpa membuang masa.

“Saya tidak mahu membuang masa dengan keluar ‘dating, beri kata-kata manis dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran perasa baharu Dorylicious bersama rakan kongsi, Nabil Ahmad dan Achey serta pengasas, Mohd Faizal Aminuddin di Ibu Pejabat Dorylicious, Batu Caves, baru-baru ini.

Menurut Zizan, dia mengakui mempunyai ramai kawan wanita, namun tidak terfikir untuk mengenali lebih dekat kerana enggan merosakkan persahabatan yang terjalin.

“Tipulah kalau tiada kawan wanita dan ada perasaan suka, tetapi untuk mencuba berkawan lebih jauh saya rasa tidak sebab takut merosakkan persahabatan. Saya takut hubungan tidak jadi, lalu persahabatan hancur. Akhirnya, jadi kawan sahaja,” katanya.

Menurut Zizan, dia tidak menafikan pernah menyerahkan soal jodoh kepada keluarganya.

“Emak pernah beritahu suka seorang gadis. Saya cuba berkenalan tetapi kemudian saya berfikir, kalau berkahwin tanpa perasaan, bagaimana?

“Saya sudah berusia 36 tahun. Andai saya mahu memperjudikan kehidupan saya kepada orang yang saya tidak cinta, risau juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berharap perniagaan baharu yang diceburi, iaitu snek jenama Dorylicious dapat membantu orang ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Sekarang saya mahu bantu orang berniaga. Siapa yang mahu cari duit lebih dan hilang pekerjaan, boleh menjadi ejen,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat