Fitnah Jual Tanah, Tan Kok Wai Minta Maaf Kepada Menteri Wilayah Persekutuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu tuduhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjual 42 plot tanah selesai apabila Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam catatan di Twitternya, Annuar memberitahu Kok Wai datang ke pejabatnya hari ini menyerahkan surat pengakuan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadapnya yang dilemparkan pada 18 November lalu.

“Saya menerima kunjungan mengejut daripada Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai di pejabat saya sebentar tadi.
“Beliau menyerahkan surat pengakuan memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap saya pada 18 November lepas.

“Terima kasih, saya akan rujuk peguam saya,” ciap Annuar.

Sebelum ini Kok Wai menuduh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjual 42 plot tanah dalam tempoh lapan bulan.

Menurut Annuar, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah telah menjatuhkan reputasi beliau serta DBKL.

Annuar menegaskan beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada DBKL untuk menjual aset milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Bulan lalu, Kok Wai mendakwa, sebanyak 42 plot tanah DBKL telah terjual dalam tempoh lapan bulan terakhir Annuar menerajui kementerian itu.

Sementara itu, DBKL dalam kenyataan turut memaklumkan, mengikut semakan, terdapat 42 plot tanah di Kuala Lumpur milik persendirian yang memohon proses perubahan kepada zon guna tanah, kepadatan penduduk dan nisbah plot terhadap Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020).

Sehubungan itu, tegas DBKL, dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat