Dua Lagi Kementerian Lulus RUU Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi dua kementerian lulus pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Kerja Raya masing-masing lulus melalui undian belah bahagian dan undian suara.

Speaker Dewan Rakyat, Dato Azhar Harun berkata, ahli Dewan Rakyat yang menyokong RUU Perbekalan Belanjawan bagi peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan ialah seramai 109, tidak menyokong 94 dan 17 tidak hadir.

Pada Perbentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul pada 06 November lepas, Kementerian Pengangkutan diperuntukan sejumlah RM6.05 bilion.

Terdahulu awal pagi, Kementerian Kerja Raya (KKR) lulus dengan undian suara meskipun isu projek Lebuh Raya Pan Bornoe hangat dibahaskan.

Secara keseluruhan, KKR menerima peruntukan RM7.3 bilion dalam Belanjawan 2021 yang membabitkan perbelanjaan mengurus RM1.26 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM6.09 bilion.

Sehingga kini, 13 kementerian sudah lulus RUU Perbekalan Belanjawan 2021 dalam peringkat jawatankuasa dan sebanyak 5 kementerian melalui proses undian belah bahagian. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat