PM kongsi tips kekal cergas

- Advertisement -

BERA – Memasuki hari ketiga kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi tips kekal bertenaga dan cergas setiap hari.

Beliau berkata, sesuatu kerja jika dilakukan dengan ‘passion’ tidak akan memenatkan kerana beliau suka melakukan pekerjaan itu.

“Rahsia saya kekal energetik ialah apa pun kita buat dengan penuh ‘passion’ kita lupa penat sebab kita seronok dengan apa yang kita lakukan, tak rasa penat tu.

“Saya tak ada ambil jamu, cuma ambil vitamin asas seperti multivitamin dan juga vitamin C untuk elak selsema.

“Oh tapi saya ada tips rahsia lain, masuk saja kereta saya terus lelap, itulah waktu untuk saya rehat. Bergerak antara program ke program lain dapat lah saya berehat,” kongsi penyandang Parlimen Bera itu pada sidang media selepas kenduri rakyat di Felda Sebertak pada Isnin.

Bahkan kata Ismail Sabri beliau tidak ada pantang sebarang makanan, tambahan pula di Bera menu masakan kampung dan itu memang kesukaan beliau.

Sementara itu, meskipun mengakui Bera terutamanya kawasan Felda dan perkampungan Orang Asli adalah ‘fix deposit’ undi untuknya dan juga Barisan Nasional (BN) tapi beliau tidak akan berkempen sambil lewa.

“Mood pengundi Bera adalah baik dan memberangsangkan ‘fix deposit’ tak ada masalah terutama Felda dan perkampungan Orang Asli. Malah Felda adalah penyokong ‘hardcore’ saya.

“Mood pengundi kaum Cina dan India juga baik, saya mendapat respons dan penerimaan yang positif,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat